Tuesday, April 27, 2010

Pengantin Budget: Raikan dengan tenang hari bersejarah anda

Hai semua,

Ha, tajuk di atas nampak menarik sebab selalunya yang terjadi, pengantin tidak dapat menikmati hari bersejarah mereka dengan ceria...

Tak percaya? Percayalah... Ini kerana pengantin yang sukar mengawal diri akan merasakan semua beban terletak di bahu mereka. Contohnya persiapan baju pengantin yang belum siap, aksesori, tudung, kasut, saat fikiran/perasaan yang berdebar-debar untuk mengharungi saat akhir bergelar anak dara/solo dan bermacam-macam lagi yang perlu difikirkan sebelum hari kejadian.

Manalah tak pening kepala dibuatnya.

Oleh itu, tips untuk hari ini, buat persiapan seawal yang boleh, bahagikan tugas kepada mereka yang anda percaya dan boleh diharap. Selain itu, jalani hari-hari terakhir anda sebagai solo/anak dara dengan tenang dan germbira. Jangan lupa juga solat dan minta doa pada Allah semoga semuanya berjalan lancar dan selamat.

Semoga selamat semuanya ya, jumpa lagi... Babai!

Sunday, April 11, 2010

Pengantin Budget: Kesihatan diri pengantin perlu dijaga

Selamat pagi semua!

Harap anda sihat sejahtera dan sentiasa mendapat perlindungan Allah, insyaAllah.

Musim kering/panas sekarang ini sangat tidak selesa buat saya dan saya pasti anda juga. Musim inilah ramai yang demam, batuk, selesa disamping penyakit demam denggi yang semakin menjadi-jadi sekarang ini. Tahap kebersihan perlu dijaga sebaik mungkin selain perlu minum air suam yang banyak (kurangkan ais ya!). Untuk bakal pengantin pula, kalau ingin mendirikan rumahtangga pada musim ini, perlulah menjaga pemakanan dan kesihatan sebaik mungkin supaya majlis anda nanti tidak terganggu dengan batuk dan bunyi anda mengesat hidung/hingus anda....

Bukan main-main ya sebab semasa saya berkahwin dulu, sayalah yang asyik set-set mengesat hidung saya kerana selesema disebabkan kurang rehat dan penat menguruskan majlis perkahwinan saya. Jangan tak percaya!... ;)

Majlis perkahwinan diadakan sekali seumur hidup dan pasti anda inginkan yang terbaik. Dalam usaha untuk mencapai yang terbaik itulah selalunya kita terlupa/terlepas pandang akan kesihatan kita. Kita selalu tidur lewat, bersengkang mata untuk siapkan segala-galanya sampai lupa mahu jaga diri sendiri.

HENTIKAN TABIAT ITU! Saya berkata dari pengalaman ya. Yang penting, jaga tidur, buat persiapan awal-awal, jangan suka buat minit-minit terakhir, kelak merana diri. Kalau nak senang, upah saja saya, insyaAllah dengan budget anda, saya cuba untuk bantu sehabis baik supaya hari bersejarah anda akan meninggalkan kenangan manis dan tidak dapat dilupakan sepanjang hidup anda. InsyaAllah

Jaga diri,
~Amy, Pengantin Budget~