Wednesday, March 16, 2011

PB: Cara ringkas nak buat budget tunang/kahwin

Salam semua,

Oleh sebab ramai juga yang bertanya, saya buat entry khas untuk buat budget tunang/kahwin secara ringkas ya. Jumlah akhir semuanya tertakluk kepada budget masing-masing ok. Kalau ada lebih, tambahkan mana patut, kalau kurang budget, kurangkan kat mana yang boleh tau.

Bila sudah ada pasangan dan telah sama-sama bersedia dan bersetuju untuk menirikan rumahtangga, anda perlulah merancang seperti di bawah ni:

1.Cari tarikh majlis yang sesuai cepat-cepat.
Orang sekarang ada yang tempah dewan setahun awal dari tarikhnya tau. Sebab takut tak boleh buat pada masa tu disebabkan orang lain dah tempah dulu. Kalau lambat, susah nak buat perancangan untuk benda-benda lain nanti.

2. Belanja makan/kenduri:
Kira ikut kepala. Katalah RM 10 sekepala x jumlah tetamu yang nak datang majlis kita. Ini kos untuk katering ya. Kalau 1000 orang (RM 10 x 1000 orang = RM 10,000).

3. Maskahwin / wang hantaran:
Mas kahwin = Ikut negeri / suka hati nak beri berapa / ikut kemampuan diri. Kalau tak silap sekarang wang hantaran RM 10,000 tu standard kot. Tapi ikutlah, kalau tak mampu, cakap siang-siang. Tetapi pihak lelaki kalau dah ada pasangan dan nak berkahwin, cepat-cepat simpan duit tau untuk masuk meminang. Takut kalau tak mampu, nanti kena tolak pula pinangan tu. Tapi jangan salah faham ye, wang hantaran tu selalunya untuk orang-orang biasa macam kita ni akan digunakan untuk beli set bilik tidur, bayar duit makan kenduri dan bayar oakej kahwin tau. Kalau ada lebih barulah pengantin ambil atau diberikan kepada ibu bapa untuk bayar apa-apa yang patut.

4. Belanja hantaran:
Tentukan berapa banyak dulang hantaran nak beri sama ada 5 (lelaki bg perempuan) vs 7 (perempuan bagi lelaki), 7 vs 9 atau 9 vs 11 dulang. Barangnya bagi yang termampu dek badan. Kalau nak bagi yang best-best, tiap-tiap bulan kena beli satu atau dua barang selepas bertunang (Kalau masa tunang anda panjang. Kalau singkat tempoh pertunangan, kena sediakan duit secukupnya ya dari awal.)

5.  Pakej kahwin untuk baju, makeup, pelamin, khemah, kos makan beradap, kompang, sound system dll
Ada yang semurah RM 250 (itu pakej tunang yang saya buat) dan ke atas. Mungkin ada yang murah lagi tapi kena tengok. Kalau tak mahu pakej, masih ada masa panjang untuk buat sendiri dan anda kreatif, lebih baik. Tetapi banyak kerja yang perlu dibuat dari awal. Rujuk majalah perkahwinan contohnya Majalah Pengantin boleh membantu anda. Baca selalu/beli secara bulanan untuk tambah ilmu atau tanya kepada mereka yang arif.

6. Cenderahati untuk tetamu majlis anda.
Ini terpulang kepada budget yang anda ada. Ada yang semurah RM 2 ++ ke atas untuk seorang tetamu sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang hadir memeriahkan lagi majlis anda.


7. Belanja untuk pergi ke rumah pengantin perempuan / lelaki - kos minyak, penginapan, makan, duit poket dll yang perlu.
Kalau majlis jauh, mungkin kena sediakan bas untuk mudahkan pergerakan saudara-mara. Kena fikirkan juga tempat menginap kalau jauh. Semuanya perlu difikirkan awal dan tempahan awal perlu dibuat.

8. Kad jemputan kahwin.
Cari yang ekonomi. Selalunya kalau buat 1000 keping kad lebih murah dari 500 kad. Tetapi terpulang kepada jumlah jemputan dan jenis kad kahwin yang anda nak. Banyak sekarang ni kad kahwin ekonomi di pasaran. Jangan membazir kepada benda yang selalunya tidak akan disimpan selepas majlis selesai.

9. Kos makan-makan kalau buat majlis lebih dari sehari.


10. Kos berbulan madu.
Ini penting juga. Kalau tak ada banyak budget, pergilah hotel-hotel yang mampu untuk mengecapi bulan madu anda. Jangan lepaskan peluang ini yang sangat manis untuk dilalui pada awal waktu perkahwinan.

11. Kos-kos kontigensi

12. Kos memulakan hidup baru

Kos untuk memulakan hidup baru. Ini selalu orang overlook. Hanya pentingkan persiapan kahwin je. Padahal inilah fasa permulaan untuk bina hidup baru untuk anda berdua. Dinasihatkan masa mula kerja kumpullah sikit-sikit harta contohnya beli TV, radio, sewa rumah dll untuk kemudahan kahwin nanti ya. Tetapi biarlah ikut kemampuan juga.

Rasanya ini sahaja yang saya dapat kongsi, mungkin ada sesiapa nak komen atau tambah lagi, boleh tinggalkan komen kat sini supaya kita boleh share ramai-ramai. Kongsi ilmu ya.

Salam sayang, Amy PB.

Monday, January 10, 2011

PB: Selamat Tahun Baru 2011

PB: Selamat Tahun Baru 2011



untuk lebih banyak update di http://pengantinbudget2.blogspot.com/


Terima kasih atas sokongan anda ;)

Sunday, June 13, 2010

Friday, June 4, 2010

Lagi entry tentang cenderahati perkahwinan/wedding gift...

Hi semua,

Jika inginkan penerangan lebih lanjut tentang cenderahati perkahwinan/for further reference to wedding gifts, klik:

http://pengantinbudget2.blogspot.com/


Amy pengantinbudget.blogspot.com

Sunday, May 23, 2010

Pengantin Budget:Cenderahati kahwin RM2 seunit dan ke bawah dari Inani Craft

Hi semua,

Lama saya tidak kemaskini berita terbaru di sini.

Jadi saya ingin kongsi dengan anda cenderahati kahwin yang murah khususnya dari Inani Craft yang mampu dimiliki untuk diberikan kepada tetamu yang hadir ke majlis kahwin anda nanti. (p/s: Jangan risau, kalau beli banyak, ada diskaun menanti...)

Tapi anda perlu pastikan hubungi saya segera untuk membolehkan stok yang dikehendaki disediakan sebelum majlis anda nanti ya. Sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum majlis. Lagi lama lagi bagus untuk pastkan semua persiapan berjalan lancar.

Oh, selain itu, jika anda punya masa yang singkat untuk menyediakan hadiah buat tetamu, kami juga masih boleh menimbangkannya bergantung kepada stok yang ada.

Jadi, cuci-cucilah mata anda dengan produk-produk yang cantik dan comel ini serta praktikal untuk dijadikan hadiah untuk tetamu.








Kalau ada lagi yang murah dan cantik-cantik, saya akan muat turun di sini lagi ya!

Selamat mencuci mata....


~Amy, pengantinbudget~

Tuesday, May 11, 2010

Hi semua,

Untuk pengetahuan anda, saya merupakan ejen Inani Craft yang menjual pelbagai barangan diperbuat daripada bahan seramik seperti bekas telur, cenderamata, wall decor, pen holder, fridge magnet dan sebagainya. Dari semasa ke semasa saya akan membuat posting berkenaan barang-barang daripada Inani Craft untuk tatapan anda.


Antara produk terlaris dari Inani Craft sepanjang tahun 2009/2010.

'YANIE'

Cenderahati kahwin popular dari Inani Craft.

Bermula Mac ini, produk ini akan dibungkus seperti EKOT!

(Sila lihat gambar EKOT di bawah post ini)

Harga YANIE:

RM 2.20

Saiz:

62 x 62 x 45 mm


( produk Yanie akan dibungkus mcm ini nanti)



p/s: Diskaun 5% untuk pembelian melebihi 500 buah

Diskaun 10% untuk pembelian melebihi 1,000 buah

Jadi, apa lagi, rebut peluang ini, anda berjimat, persiapan kahwin anda berjalan lancar, insyaAllah.

Hubungi saya melalui email (pengantinbudget@gmail.com ) atau telefon:


Amy, (016-2514746)

Tuesday, April 27, 2010

Pengantin Budget: Raikan dengan tenang hari bersejarah anda

Hai semua,

Ha, tajuk di atas nampak menarik sebab selalunya yang terjadi, pengantin tidak dapat menikmati hari bersejarah mereka dengan ceria...

Tak percaya? Percayalah... Ini kerana pengantin yang sukar mengawal diri akan merasakan semua beban terletak di bahu mereka. Contohnya persiapan baju pengantin yang belum siap, aksesori, tudung, kasut, saat fikiran/perasaan yang berdebar-debar untuk mengharungi saat akhir bergelar anak dara/solo dan bermacam-macam lagi yang perlu difikirkan sebelum hari kejadian.

Manalah tak pening kepala dibuatnya.

Oleh itu, tips untuk hari ini, buat persiapan seawal yang boleh, bahagikan tugas kepada mereka yang anda percaya dan boleh diharap. Selain itu, jalani hari-hari terakhir anda sebagai solo/anak dara dengan tenang dan germbira. Jangan lupa juga solat dan minta doa pada Allah semoga semuanya berjalan lancar dan selamat.

Semoga selamat semuanya ya, jumpa lagi... Babai!

Sunday, April 11, 2010

Pengantin Budget: Kesihatan diri pengantin perlu dijaga

Selamat pagi semua!

Harap anda sihat sejahtera dan sentiasa mendapat perlindungan Allah, insyaAllah.

Musim kering/panas sekarang ini sangat tidak selesa buat saya dan saya pasti anda juga. Musim inilah ramai yang demam, batuk, selesa disamping penyakit demam denggi yang semakin menjadi-jadi sekarang ini. Tahap kebersihan perlu dijaga sebaik mungkin selain perlu minum air suam yang banyak (kurangkan ais ya!). Untuk bakal pengantin pula, kalau ingin mendirikan rumahtangga pada musim ini, perlulah menjaga pemakanan dan kesihatan sebaik mungkin supaya majlis anda nanti tidak terganggu dengan batuk dan bunyi anda mengesat hidung/hingus anda....

Bukan main-main ya sebab semasa saya berkahwin dulu, sayalah yang asyik set-set mengesat hidung saya kerana selesema disebabkan kurang rehat dan penat menguruskan majlis perkahwinan saya. Jangan tak percaya!... ;)

Majlis perkahwinan diadakan sekali seumur hidup dan pasti anda inginkan yang terbaik. Dalam usaha untuk mencapai yang terbaik itulah selalunya kita terlupa/terlepas pandang akan kesihatan kita. Kita selalu tidur lewat, bersengkang mata untuk siapkan segala-galanya sampai lupa mahu jaga diri sendiri.

HENTIKAN TABIAT ITU! Saya berkata dari pengalaman ya. Yang penting, jaga tidur, buat persiapan awal-awal, jangan suka buat minit-minit terakhir, kelak merana diri. Kalau nak senang, upah saja saya, insyaAllah dengan budget anda, saya cuba untuk bantu sehabis baik supaya hari bersejarah anda akan meninggalkan kenangan manis dan tidak dapat dilupakan sepanjang hidup anda. InsyaAllah

Jaga diri,
~Amy, Pengantin Budget~
 

Monday, March 29, 2010

Pengantin Budget: Menuntut ilmu rumahtangga penting!

Apa khabar semua,

Harap semuanya sihat-sihat dan sentiasa berjaya dalam apa juga yang anda lakukan. Terutama untuk mereka yang sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan, harap blog ini dapat membantu kalau tak banyak, sedikit pun jadilah ya!...

Untuk kali ini, saya ingin memperkenalkan buku yang sangat elok untuk dibaca sebagai panduan sebelum dan selepas berumahtangga. Saya teringat sebuah buku: Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam, terbitan Pustaka Haji Abdul Majid. Buku ini mendapat ulasan yang bagus daripada ramai pembaca iaitu seperti di bawah:



Sumber: http://bookkeeper-uwise.blogspot.com/2009/11/mutiara-perkahwinan-menurut-ajaran.html

Sebuah buku yang mesti dibaca, difahami, dimiliki dan disimpan oleh setiap individu Muslim tidak kira peringkat umur sebagai panduan hidup sehari-hari. Ianya sangat besar manfaatnya kepada umat Islam sama ada individu atau masyarakat kerana kandungannya adalah untuk memimpin masyarakat Islam supaya mencapai kebahagiaan di dalam kehidupannya terutama kehidupan keluarga.


Apabila kebahagiaan tercapai di dalam keluarga maka setiap orang dalam keluarga tersebut akan memperolehi ketenangan dan kesihatan mental. Hasil yang tertinggi yang dicapai ialah masyarakat kita mempunyai orang yang nyaman fikiran dan hati sanubari; oleh itu masyarakat akan menjadi aman, damai dan sejahtera.

Kami akui buku ini amat baik dan paling lengkap sejauh ini yang membentang dan mengupas pelbagai perkara mengenai kekeluargaan dalam Islam. Tidak ada sebuah buku seumpama ini sebelumnya dalam Bahasa Melayu yang pernah ditemui.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1

A) Kedudukan Wanita Di Dalam Masyarakat

B) Keluarga

C) Perkahwinan Menurut Pandangan Islam

BAB 2

Pinangan

BAB 3

A) Akad Nikah

B) Beberapa Jenis Perkahwinan Yang Diharamkan

BAB 4

Perayaan Menghantar Pengantin Perempuan Ke Rumah Peengantin Lelaki (Majlis Perkahwinan)

BAB 5

Mandi Sunat Pada Hari Jumaat Dan Jangan Terlalu Kerap Bersetubuh

BAB 6

Kelahiran Anak

BAB 7

Pendidikan


Saya harap kepada pembaca di luar sana yang ingin berusaha untuk menjadi suami/isteri yang terbaik, sesuai untuk baca buku di atas ini.

Mungkin entri yang lain saya akan berikan pendapat saya tentang satu buku berkenaan hal mengandung dan cara-cara untuk melalui saat-saat kehamilan sehingga detik kelahiran dan detik untuk membuat akikah dan lain-lain... Kalau nak tahu, tunggu ya....

Salam Sayang,

~Amy, Pengantin Budget~

Sunday, March 21, 2010

Pengantin Budget: Bunga Rampai - Untuk Majlis Pernikahan dan Perkahwinan Era & Leo, 20 Mac 2010

Salam pembaca semua!

Hi, lama tidak update blog ini. Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya menaja Bunga Rampai untk kedua-dua mempelai yang telah selamat diijab kabulkan pada 11.45 pagi, 20 Mac 2010 di Kota Damansara.

Sebenarnya Era adalah teman belajar di universiti dan telah selamat bertemu jodoh dengan jejaka idamannya, Leo. Majlis berjalan lancar, ringkas dan menggembirakan semua pihak termasuk saya yang hadir ke majlis tersebut.

Boleh  terlupa saya untuk ambil gambar Bunga Rampai itu, tapi ramai juga yang memuji kewangian Bunga Rampai yang saya buat itu (ini bukan mahu angkat bakul, tapi realiti, syukurlah)...

Bunga Rampai ini mesti ada dalam acara perkahwinan orang Melayu sebab, kalau tidak ada, tidak lengkaplah adat! Sampaikan ada makcik Era yang bertanya siapa yang bawa Bunga Rampai sebab wangi satu rumah dibuatnya dan yang paling best, makcik itu berkata, " Ha, ini baru bau bilik pengantin!". Bayangkan sampai macam tu sekali penangan Bunga Rampai saya.

Dan satu lagi insiden wanginya Bunga Rampai yang saya buatkan itu, seorang kawan lain, Shida ambil sedikit Bunga Rampai itu untuk disimpan (setelah mendapat izin Pengantin, hehe), dan diletakkan dalam keretanya. Wangian Bunga Rampai itu telah menghalang Shida untuk bau hangit "belting" kereta dia yang rosak dalam perjalanan balik kampung ke Seremban selepas majlis!.... Bayangkan sampai saya sendiri pun kurang percaya!

Wangiannya bertahan dalam masa 2-3 hari, bergantung di mana Bunga Rampai itu diletakkan, makin kering tempat, makin cepat wangian dia hilang...

Oleh sebab bukan mudah untuk membuat Bunga Rampai disebabkan rumit, leceh dan ambil masa untuk disiapkan, dengan sukacitanya saya umumkan harga untuk tempahan Bunga Rampai adalah RM 50.00 untuk mendapatkan sebanyak sebungkus lampin bayi yang dibulatkan seperti mahu bungkus baju.

Kalau susah mahu bayangkan, emailkan saja kepada saya, saya akan terangkan kemudian.

Sekian untuk kali ini, jumpa lagi...!

Salam Sayang,

~Amy Pengantin Budget~