Apa khabar semua,
Harap semuanya sihat-sihat dan sentiasa berjaya dalam apa juga yang anda lakukan. Terutama untuk mereka yang sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan, harap blog ini dapat membantu kalau tak banyak, sedikit pun jadilah ya!...
Untuk kali ini, saya ingin memperkenalkan buku yang sangat elok untuk dibaca sebagai panduan sebelum dan selepas berumahtangga. Saya teringat sebuah buku: Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam, terbitan Pustaka Haji Abdul Majid. Buku ini mendapat ulasan yang bagus daripada ramai pembaca iaitu seperti di bawah:
Sumber: http://bookkeeper-uwise.blogspot.com/2009/11/mutiara-perkahwinan-menurut-ajaran.html
Sebuah buku yang mesti dibaca, difahami, dimiliki dan disimpan oleh setiap individu Muslim tidak kira peringkat umur sebagai panduan hidup sehari-hari. Ianya sangat besar manfaatnya kepada umat Islam sama ada individu atau masyarakat kerana kandungannya adalah untuk memimpin masyarakat Islam supaya mencapai kebahagiaan di dalam kehidupannya terutama kehidupan keluarga.
Apabila kebahagiaan tercapai di dalam keluarga maka setiap orang dalam keluarga tersebut akan memperolehi ketenangan dan kesihatan mental. Hasil yang tertinggi yang dicapai ialah masyarakat kita mempunyai orang yang nyaman fikiran dan hati sanubari; oleh itu masyarakat akan menjadi aman, damai dan sejahtera.
Kami akui buku ini amat baik dan paling lengkap sejauh ini yang membentang dan mengupas pelbagai perkara mengenai kekeluargaan dalam Islam. Tidak ada sebuah buku seumpama ini sebelumnya dalam Bahasa Melayu yang pernah ditemui.
- Penerbit
KANDUNGAN
BAB 1
A) Kedudukan Wanita Di Dalam Masyarakat
B) Keluarga
C) Perkahwinan Menurut Pandangan Islam
BAB 2
Pinangan
BAB 3
A) Akad Nikah
B) Beberapa Jenis Perkahwinan Yang Diharamkan
BAB 4
Perayaan Menghantar Pengantin Perempuan Ke Rumah Peengantin Lelaki (Majlis Perkahwinan)
BAB 5
Mandi Sunat Pada Hari Jumaat Dan Jangan Terlalu Kerap Bersetubuh
BAB 6
Kelahiran Anak
BAB 7
Pendidikan
Saya harap kepada pembaca di luar sana yang ingin berusaha untuk menjadi suami/isteri yang terbaik, sesuai untuk baca buku di atas ini.
Mungkin entri yang lain saya akan berikan pendapat saya tentang satu buku berkenaan hal mengandung dan cara-cara untuk melalui saat-saat kehamilan sehingga detik kelahiran dan detik untuk membuat akikah dan lain-lain... Kalau nak tahu, tunggu ya....
Salam Sayang,
~Amy, Pengantin Budget~
Pengantin Budget - Membantu bakal pengantin membuat persiapan dengan budget minima ke majlis raja sehari. Selamat-jimat-mampu milik-berkat-budget
Showing posts with label pengantin budget. Show all posts

Monday, March 29, 2010
Sunday, February 28, 2010
Pengantin Budget: Kos mengadakan majlis perkahwinan
Hai semua,
Isu yang menarik ni! Berapa banyak kos yang perlu dibelanjakan untuk majlis anda?
Kalau budget banyak, kos tidak menjadi masalah. Tapi kalau budget ciput, seperti kebanyakan kita ni. memang agak sukat sedikit kan?
Saya dulu pun berbudget-budget juga mahu keluarkan belanja untuk kahwin. Antara tips-tips yang saya gunakan adalah seperti berikut:
1. Beli barang hantaran sedikit-sedikit sesudah bertunang
Jadikan kebiasaan/rutin untuk membeli barang hantaran atau keperluan kahwin yang lain sedikit-sedikit selepas majlis bertunang selesai. Contohnya, majlis tunang selesai bulan Januari, untuk gaji bulan Februari, anda boleh mula membeli kasut hantaran manakala bulan Mac beli pula kelengkapan alat solek. Nampak praktikal kan?
Anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang terlalu banyak dan tidak terasa sangat duit habis sekaligus. Ini dapat menenangkan fikiran anda dan dalam masa yang sama persiapan kahwin anda telah dibuat sedikit-sedikit.
2. Beli semasa Jualan Gudang/ Year End Sale/Karnival Membeli-belah
Amalkan membeli barang pada musim beli-belah atau pada masa diskaun banyak ditawarkan. Percayalah, banyak wang boleh dijimatkan pada masa itu dan boleh digunakan untuk keperluan lain. Misalnya, semasa sebelum perayaan Tahun Baru Cina, banyak pasaraya/pusat membeli belah menawarkan diskaun hebat yang tidak boleh anda lepaskan. Diskaun sebanyak 50%, 70% mahupun 80% banyak ditawarkan dan merupakan penjimatan yang besar untuk anda. Belilah cadar pengantin pada masa itu untuk lebih jimat!
3. Beli secara pukal untuk menikmati diskaun yang lebih...
Semasa membeli barang untuk dijadikan hadiah kepada tetamu, belilah secara pukal dan mintalah diskaun kerana membeli dengan banyak. Anda telah mengurangkan stok penjual dan memberi lebih ruang kepada mereka untuk membawa stok baru ke dalam kedai mereka. Mintalah dan anda pasti akan mendapatkannya tetapi ingat, beli secara pukal. Katakan dari seunit harganya RM 1.80 dan jika anda mebeli lebih 100 unit, mungkin penjual boleh memberi RM 1.30 jika anda memintanya.... Belum cuba, belum tahukan?
Ketiga-tiga cara di atas bolehlah anda gunakan untuk mengurangkan kos perbelanjaan kahwin anda. Kalau berjaya, silalah komen di sini untuk memberi semangat buat bakal pengantin di luar sana untuk mengikut jejak anda dan saya.Seperti di pengantinbudget juga, jika anda membeli banyak pasti akan mendapat diskaun. Tak percaya, jom beli banyak dengan saya, insyaAllah saya beri diskaun. Happy shopping!
Amy, pengantinbudget.blogspot.com

Labels:
beli borong,
hantaran,
jualan gudang,
pengantin budget,
pukal
Saturday, February 27, 2010
Selamat Datang ke Pengantin Budget
Anda pengantin budget? Di sini saya sedia berkongsi pengalaman yang ada dan khidmat untuk membantu anda. Dengan budget yang anda ada, saya boleh bantu sedaya mungkin untuk selesaikan masalah anda. Mungkin mendapatkan khidmat, memberi idea, kongsi masalah yang sama dan khidmat nasihat yang boleh meringankan dan menyelesaikan masalah anda.
Komen, bantuan yang diperlukan atau pendapat yang ingin diberi amatlah dialu-alukan disampaikan di Blog Pengantin Budget ini untuk kebaikan anda, dan mungkin juga bakal pengantin budget lain di luar sana. Saya juga dulu seperti anda ...
Walaupun budget kecil, jadikan impian tentang perkahwinan anda satu KENYATAAN... ;)
Berminat untuk dapatkan khidmat saya, sila email ke pengantinbudget@gmail.com untuk urusan selanjutnya. Sekian, terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ini dan berharap anda mendapat inspirasi/idea untuk persiapan majlis perkahwinan anda nanti ya! Jaga diri...
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pengantin Budget adalah seperti berikut:
Tempahan gubahan hantaran budget (RM 25 ke atas satu dulang)
Tempahan sirih junjung budget - bunga segar
Tempahan cenderahati perkahwinan/goodie bag VIP/tetamu/pihak pengantin lelaki/perempuan - mengikut kemampuan pengantin
Tempahan Bunga Rampai
Sewaan pelamin ringkas/budget (tanpa platform - warna yang ada sekarang putih ungu)
Sewaan alas dulang (2 lapis - berlabuci dan satin berwarna putih)
[Nota: Harga tidak termasuk penghantaran]
dan
Khidmat nasihat perkahwinan dan kekeluargaan
Nota:
Untuk perkhidmatan no 1-6, sila hubungi saya 3 bulan sebelum majlis. Jika kurang 3 bulan, bayaran lebih mungkin akan dikenakan.
Perkhidmatan adalah bergantung kepada siapa cepat dia dapat
Sebarang perkhidmatan perlu membayar deposit 50% dari harga perkhidmatan yang dikehendaki semasa tempahan (booking) dan 50% lagi pada masa penghantaran.
Penghantaran pos adalah mengikut berat barang yang dipesan.
Deposit tidak akan dikembalikan jika urusniaga dibatalkan.
Sila tinggalkan komen/email: pengantinbudget@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Subscribe to:
Posts (Atom)