Showing posts with label jualan gudang. Show all posts
Showing posts with label jualan gudang. Show all posts

Sunday, February 28, 2010

Pengantin Budget: Kos mengadakan majlis perkahwinan

Hai semua,

Isu yang menarik ni! Berapa banyak kos yang perlu dibelanjakan untuk majlis anda?
Kalau budget banyak, kos tidak menjadi masalah. Tapi kalau budget ciput, seperti kebanyakan kita ni. memang agak sukat sedikit kan?

Saya dulu pun berbudget-budget juga mahu keluarkan belanja untuk kahwin. Antara tips-tips yang saya gunakan adalah seperti berikut:

1. Beli barang hantaran sedikit-sedikit sesudah bertunang  

 Jadikan kebiasaan/rutin untuk  membeli barang hantaran atau keperluan kahwin yang lain sedikit-sedikit    selepas majlis bertunang selesai. Contohnya, majlis tunang selesai bulan Januari, untuk gaji bulan Februari, anda boleh mula membeli kasut hantaran manakala bulan Mac beli pula kelengkapan alat solek. Nampak praktikal kan?

Anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang terlalu banyak dan tidak terasa sangat duit habis sekaligus. Ini dapat menenangkan fikiran anda dan dalam masa yang sama persiapan kahwin anda telah dibuat sedikit-sedikit.

2. Beli semasa Jualan Gudang/ Year End Sale/Karnival Membeli-belah   

Amalkan membeli barang pada musim beli-belah atau pada masa diskaun banyak ditawarkan. Percayalah, banyak wang boleh dijimatkan pada masa itu dan boleh digunakan untuk keperluan lain. Misalnya, semasa sebelum perayaan Tahun Baru Cina, banyak pasaraya/pusat membeli belah menawarkan diskaun hebat yang tidak boleh anda lepaskan. Diskaun sebanyak 50%, 70% mahupun 80% banyak ditawarkan dan merupakan penjimatan yang besar untuk anda. Belilah cadar pengantin pada masa itu untuk lebih jimat!

3.  Beli secara pukal untuk menikmati diskaun yang lebih...

Semasa membeli barang untuk dijadikan hadiah kepada tetamu, belilah secara pukal dan mintalah diskaun kerana membeli dengan banyak. Anda telah mengurangkan stok penjual dan memberi lebih ruang kepada mereka untuk membawa stok baru ke dalam kedai mereka. Mintalah dan anda pasti akan mendapatkannya tetapi ingat, beli secara pukal. Katakan dari seunit harganya RM 1.80 dan jika anda mebeli lebih 100 unit, mungkin penjual boleh memberi RM 1.30 jika anda memintanya.... Belum cuba, belum tahukan?

Ketiga-tiga cara di atas bolehlah anda gunakan untuk mengurangkan kos perbelanjaan kahwin anda. Kalau berjaya, silalah komen di sini untuk memberi semangat buat bakal pengantin di luar sana untuk mengikut jejak anda dan saya.Seperti di pengantinbudget juga, jika anda membeli banyak pasti akan mendapat diskaun. Tak percaya, jom beli banyak dengan saya, insyaAllah saya beri diskaun.  Happy shopping!

Amy, pengantinbudget.blogspot.com