Monday, March 29, 2010

Pengantin Budget: Menuntut ilmu rumahtangga penting!

Apa khabar semua,

Harap semuanya sihat-sihat dan sentiasa berjaya dalam apa juga yang anda lakukan. Terutama untuk mereka yang sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan, harap blog ini dapat membantu kalau tak banyak, sedikit pun jadilah ya!...

Untuk kali ini, saya ingin memperkenalkan buku yang sangat elok untuk dibaca sebagai panduan sebelum dan selepas berumahtangga. Saya teringat sebuah buku: Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam, terbitan Pustaka Haji Abdul Majid. Buku ini mendapat ulasan yang bagus daripada ramai pembaca iaitu seperti di bawah:



Sumber: http://bookkeeper-uwise.blogspot.com/2009/11/mutiara-perkahwinan-menurut-ajaran.html

Sebuah buku yang mesti dibaca, difahami, dimiliki dan disimpan oleh setiap individu Muslim tidak kira peringkat umur sebagai panduan hidup sehari-hari. Ianya sangat besar manfaatnya kepada umat Islam sama ada individu atau masyarakat kerana kandungannya adalah untuk memimpin masyarakat Islam supaya mencapai kebahagiaan di dalam kehidupannya terutama kehidupan keluarga.


Apabila kebahagiaan tercapai di dalam keluarga maka setiap orang dalam keluarga tersebut akan memperolehi ketenangan dan kesihatan mental. Hasil yang tertinggi yang dicapai ialah masyarakat kita mempunyai orang yang nyaman fikiran dan hati sanubari; oleh itu masyarakat akan menjadi aman, damai dan sejahtera.

Kami akui buku ini amat baik dan paling lengkap sejauh ini yang membentang dan mengupas pelbagai perkara mengenai kekeluargaan dalam Islam. Tidak ada sebuah buku seumpama ini sebelumnya dalam Bahasa Melayu yang pernah ditemui.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1

A) Kedudukan Wanita Di Dalam Masyarakat

B) Keluarga

C) Perkahwinan Menurut Pandangan Islam

BAB 2

Pinangan

BAB 3

A) Akad Nikah

B) Beberapa Jenis Perkahwinan Yang Diharamkan

BAB 4

Perayaan Menghantar Pengantin Perempuan Ke Rumah Peengantin Lelaki (Majlis Perkahwinan)

BAB 5

Mandi Sunat Pada Hari Jumaat Dan Jangan Terlalu Kerap Bersetubuh

BAB 6

Kelahiran Anak

BAB 7

Pendidikan


Saya harap kepada pembaca di luar sana yang ingin berusaha untuk menjadi suami/isteri yang terbaik, sesuai untuk baca buku di atas ini.

Mungkin entri yang lain saya akan berikan pendapat saya tentang satu buku berkenaan hal mengandung dan cara-cara untuk melalui saat-saat kehamilan sehingga detik kelahiran dan detik untuk membuat akikah dan lain-lain... Kalau nak tahu, tunggu ya....

Salam Sayang,

~Amy, Pengantin Budget~

No comments:

Post a Comment