Monday, March 29, 2010

Pengantin Budget: Menuntut ilmu rumahtangga penting!

Apa khabar semua,

Harap semuanya sihat-sihat dan sentiasa berjaya dalam apa juga yang anda lakukan. Terutama untuk mereka yang sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan, harap blog ini dapat membantu kalau tak banyak, sedikit pun jadilah ya!...

Untuk kali ini, saya ingin memperkenalkan buku yang sangat elok untuk dibaca sebagai panduan sebelum dan selepas berumahtangga. Saya teringat sebuah buku: Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam, terbitan Pustaka Haji Abdul Majid. Buku ini mendapat ulasan yang bagus daripada ramai pembaca iaitu seperti di bawah:



Sumber: http://bookkeeper-uwise.blogspot.com/2009/11/mutiara-perkahwinan-menurut-ajaran.html

Sebuah buku yang mesti dibaca, difahami, dimiliki dan disimpan oleh setiap individu Muslim tidak kira peringkat umur sebagai panduan hidup sehari-hari. Ianya sangat besar manfaatnya kepada umat Islam sama ada individu atau masyarakat kerana kandungannya adalah untuk memimpin masyarakat Islam supaya mencapai kebahagiaan di dalam kehidupannya terutama kehidupan keluarga.


Apabila kebahagiaan tercapai di dalam keluarga maka setiap orang dalam keluarga tersebut akan memperolehi ketenangan dan kesihatan mental. Hasil yang tertinggi yang dicapai ialah masyarakat kita mempunyai orang yang nyaman fikiran dan hati sanubari; oleh itu masyarakat akan menjadi aman, damai dan sejahtera.

Kami akui buku ini amat baik dan paling lengkap sejauh ini yang membentang dan mengupas pelbagai perkara mengenai kekeluargaan dalam Islam. Tidak ada sebuah buku seumpama ini sebelumnya dalam Bahasa Melayu yang pernah ditemui.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1

A) Kedudukan Wanita Di Dalam Masyarakat

B) Keluarga

C) Perkahwinan Menurut Pandangan Islam

BAB 2

Pinangan

BAB 3

A) Akad Nikah

B) Beberapa Jenis Perkahwinan Yang Diharamkan

BAB 4

Perayaan Menghantar Pengantin Perempuan Ke Rumah Peengantin Lelaki (Majlis Perkahwinan)

BAB 5

Mandi Sunat Pada Hari Jumaat Dan Jangan Terlalu Kerap Bersetubuh

BAB 6

Kelahiran Anak

BAB 7

Pendidikan


Saya harap kepada pembaca di luar sana yang ingin berusaha untuk menjadi suami/isteri yang terbaik, sesuai untuk baca buku di atas ini.

Mungkin entri yang lain saya akan berikan pendapat saya tentang satu buku berkenaan hal mengandung dan cara-cara untuk melalui saat-saat kehamilan sehingga detik kelahiran dan detik untuk membuat akikah dan lain-lain... Kalau nak tahu, tunggu ya....

Salam Sayang,

~Amy, Pengantin Budget~

Sunday, March 21, 2010

Pengantin Budget: Bunga Rampai - Untuk Majlis Pernikahan dan Perkahwinan Era & Leo, 20 Mac 2010

Salam pembaca semua!

Hi, lama tidak update blog ini. Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya menaja Bunga Rampai untk kedua-dua mempelai yang telah selamat diijab kabulkan pada 11.45 pagi, 20 Mac 2010 di Kota Damansara.

Sebenarnya Era adalah teman belajar di universiti dan telah selamat bertemu jodoh dengan jejaka idamannya, Leo. Majlis berjalan lancar, ringkas dan menggembirakan semua pihak termasuk saya yang hadir ke majlis tersebut.

Boleh  terlupa saya untuk ambil gambar Bunga Rampai itu, tapi ramai juga yang memuji kewangian Bunga Rampai yang saya buat itu (ini bukan mahu angkat bakul, tapi realiti, syukurlah)...

Bunga Rampai ini mesti ada dalam acara perkahwinan orang Melayu sebab, kalau tidak ada, tidak lengkaplah adat! Sampaikan ada makcik Era yang bertanya siapa yang bawa Bunga Rampai sebab wangi satu rumah dibuatnya dan yang paling best, makcik itu berkata, " Ha, ini baru bau bilik pengantin!". Bayangkan sampai macam tu sekali penangan Bunga Rampai saya.

Dan satu lagi insiden wanginya Bunga Rampai yang saya buatkan itu, seorang kawan lain, Shida ambil sedikit Bunga Rampai itu untuk disimpan (setelah mendapat izin Pengantin, hehe), dan diletakkan dalam keretanya. Wangian Bunga Rampai itu telah menghalang Shida untuk bau hangit "belting" kereta dia yang rosak dalam perjalanan balik kampung ke Seremban selepas majlis!.... Bayangkan sampai saya sendiri pun kurang percaya!

Wangiannya bertahan dalam masa 2-3 hari, bergantung di mana Bunga Rampai itu diletakkan, makin kering tempat, makin cepat wangian dia hilang...

Oleh sebab bukan mudah untuk membuat Bunga Rampai disebabkan rumit, leceh dan ambil masa untuk disiapkan, dengan sukacitanya saya umumkan harga untuk tempahan Bunga Rampai adalah RM 50.00 untuk mendapatkan sebanyak sebungkus lampin bayi yang dibulatkan seperti mahu bungkus baju.

Kalau susah mahu bayangkan, emailkan saja kepada saya, saya akan terangkan kemudian.

Sekian untuk kali ini, jumpa lagi...!

Salam Sayang,

~Amy Pengantin Budget~

Monday, March 8, 2010

Pengantin Budget: Cenderahati - Kotak buluh - Ungku Hamidah's solemnization ceremony - May 2010

My new project, wedding gift Kotak buluh for Ungku Hamidah's solemnization ceremony - May 2010.

She loves the apple green, so i need to find kotak buluh with that colour and finally i found it and the red and orange colour petite flowers make it cheerful and lively!

Still have 20 pieces more to go, she wants to do it so privately and to those who are very close relatives and friends to be given the gift.  Need to decorate and putting it nicely and to put some personal touch magic ;). Pandan bahulu will be in it, so let's do it ya. Will post the pictures when the gift is ready, Thanks U. Midah!.

Salam Sayang,

~ Amy Pengantin Budget ~
 
As promised, this is the kotak buloh for U.Midah... Enjoice!




Salam Sayang,


~ Amy Pengantin Budget ~